Sunday 17 March 2013

KENAPA JADUAL PAM SANGAT PENTING???

Alhamdulillah selesai dah sesi 2 hari Advance Fesbuk Power di Shah Alam Convention Center semalam...
byk sgt ilmu yg dikongsikan oleh Mr.Bryan utk buat FB page kite huru hara.... sape x join mmg rugi.... Ku akn trus mngorak langkah dmi langkah utk mlebarkan empayar bisnes yg baru nak merangkak ni...masih byk lg usaha yg mesti dilakukan...yg penting kena kekalkan momentum semangat & komitmen yg tinggi...I'allah pasti berjaya...

Ok ku xnak citer sgt bab tu... ac2ly ku blaja ssuatu spangjang 2 hari seminar tu bkaitan PENYUSUAN.... baby x dpt bersama ku masa tu... Tapi stiap kali tiba waktu pam yg ku dah konsisten buat hari2, automatik ku rs cik B mnyucuk-nyucuk sebab susu kuar smpi mnitik2... since kat dlm dewan tahan kan jelah sampai waktu rehat...huhuhu....

Pe yg ku dpt simpulkan ialah jadual pam mmg penting sgt2 untuk pastikan otak kite dah dpt kenalpasti brp byk susu perlu dihasilkan... tu yg stiap kali tiba waktu pam susu kuar secara automatik... klu masa ada ngan baby x terasa effectnyer sbb baby kerap DF kan.... So, susu pon kuar x tentu masa ikut bla cik B dikosongkan...So kengkawan....jgn skip jadual pa lg ye lps ni...i'allah even susu cam bkurang tp xkan kering kontang....hehehe....

Friday 15 March 2013

6 Tips Atasi Masalah Susu Kering Semasa Pantang


Ramai ibu - ibu kurang jelas tentang penghasilan susu ibu sewaktu di awal kelahiran bayi. Kalau silap langkah sikit, maka ibu akan menghadapi masalah susu kering semasa dalam pantang. Tahu kah anda, masa minggu pertama kelahiran bayi, ia adalah sangat normal bila susu kita tak memancut- mancut. Masa tu hanya kolostrum terhasil. Jangan panik bila tengok bayi kerap sangat menyusu.

Masa Aliya ni dia kerap sangat menyusu, macam setiap 15 minit minta susu. Bukan sebab dia lapar. Tapi sebab susu ibu ni sangat mudah hadam. Bila mudah hadam, dia akan cepat kenyang dan cepat lapar semula.


Bayi yang menyusu formula tak cepat minta susu, sebab susu formula susah nak di hadam oleh perut. Jadi bila bayi diberikan susu formula, perut susah nak hadam, jadi lambat lapar semula.

Susu akan mula memancut- mancut sampai basah lencun baju pada minggu kedua kelahiran bayi. Dengan syarat, masa minggu pertama tu, bayi memang sepenuhnya menyusu susu ibu

6 Tips untuk mengelakkan
masalah susu kering seawal waktu pantang
  1. Fahami konsep perut bayi hanya sebesar guli di awal kelahiran. Memang cukup susu yang kita hasilkan walaupun tak memancut- mancut
  2. Fahami konsep susu ibu ni mudah hadam. Sebab tu lah bayi cepat meminta susu dan kerap sangat menyusu.
  3. Fahami konsep supply and demand. Bila bayi nak menyusu, terus susu kan. Jangan tangguh- tangguh. Lepas bayi menyusu, pam payudara untuk pastikan payudara tu betul- betul kosong. Bila betul- betul kosong, otak akan terima signal untuk cepat- cepat hasilkan susu semula
  4. Tapi kata lah bayi lahir je terus tidur (ni biasa fenomena untuk bayi yang ibu ambil epidural semasa bersalin, atau bayi yang kena jaundice teruk), ibu perah je susu, menggunakan kaedah Marmet. Saya akan cerita lebih lanjut tentang kaedah Marmet. Kenapa bukan menggunakana pam? Kalau nak tahu, rangsangan terbaik untuk payudara adalah pertama, dari bayi sendiri. Kedua melalui kaedah marmet (perahan tangan), ketiga baru menggunakan pam yang dibeli. Perah, simpan dan susukan bila bayi bangun.
  5. Jangan sesekali kenalkan susu formula. Ia akan mengganggu rutin dan penerimaan bayi terhadap susu ibu
  6. Jangan kenalkan botol susu terlalu awal. Kalau tak boleh sangat nak susu kan bayi secara direct, try spoon feeding, iaitu kaedah bagi susu kepada bayi menggunakan sudu. Ini untuk mengelakkan nipple confusion
Moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua ibu, tak kira baru atau baru nak bersalin pertama kali.

Wednesday 13 March 2013

ARISSA BACK TO FULLY BREASTFEED???

Hari semalam dlm sejarah ku berjaya elakkan FM pada Arissa sepanjang hari setelah 7 bln terhenti penyusuan. Rasa hepi sgt2!!! dah lama ku nantikan saat ni utk fully BF Arissa semula. Since stok Aliya dah makin menimbun dalam deep freezer tu, bleh la bagi si kakak merasa balik susu ibunyer... Alhamdulillah syukur.... Tapi Arissa cuma nak fresh & chilled EBM je...So kena la bhempas pulas mengepam lepas ni sebab Arissa x mow DF sudah...x ksah la nak...asalkan ibu dapat fully BF sayang sampai 2 tahun ++.... Amin. (^_^)

Tuesday 12 March 2013

TARGET STOK EBM 1000 OZ SEMASA CUTI BERSALIN

Salam semua!!!

Hari ni dah masuk hari ke-49 ku cuti bersalin.Alhamdulillah stok EBM dah terkumpul sebanyak 684 oz. Dah terlebih cukup untuk bekalan Aliya Raisya sepanjang ku bekerja nanti. Tapi ku nak sasarkan 1000oz dalam tempoh 60 hari cuti ni. Ku kena dapatkan 26oz sehari dlm masa 11 hari lagi. ku yakin mampu mencapainya.

Mungkin semua tertanya-tanya kenapa ku target sampai camtu sekali. Actually ku rasa frust sangat2 bila tak berjaya BF anak pertama sampai 2 tahun... hanya mampu eksklusif BF hingga 8 bulan je... Memang xde campur solid food langsung. Masa tu ku mengandung 3 bulan. Susu drop habis.Bekalan stok pulak tak cukup. Sebab tu kali ni ku nekad kumpul stok banyak2 supaya bila susudrop nanti ku masih ada stok EBM untuk backup.

Ku mula beroperasi kumpul stok seawal hari ke-9. Masa tu ku tak terfikir lagi nak kumpul stok sampai 1000oz. Jadi, stok k pon ikut dan jelah berapa yang dapat. Then, ku terjumpa FB someone yang kumpul stok EBM banyak2. Tetiba rasa spirit luar biasa bila ku tahu kepayahan dia nak dapatkan stok sebanyak tu. Pe lagi....ku mula cabar diri sendiri la dengan sasaran target 1000oz sepanjang cuti bersalin. Tulah kisahnyer....hehehe....

So, ku mulakan dengan 20oz sehari. Masa tu dah hari ke-27. Ku terfikir gak sempat ke nak dapatkan 1000 oz dalam masa 33 hari??? Tapi ku kuatkan semangat gak & mula kumpul stok hari demi hari. Then, ku naikkan target untuk dapatkan 26oz sehari pulak. Dan akhirnya kini ku berjaya kumpul 684oz!!! So unbelievable myself!!! Ku makin percaya dengan konsep yang ku amalkan sepanjang tempoh tu. Nak upload gambar kat sini dah banyak sangat. Boleh tengok kat link FB: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10200513252865043.2184776.1569507006&type=3

Moga perkongsian  ini dapat membantu ramai mommies kat luat sana tu untuk menjayakan penyusuan sehingga 2 tahun.  (^_^)