Friday 15 March 2013

6 Tips Atasi Masalah Susu Kering Semasa Pantang


Ramai ibu - ibu kurang jelas tentang penghasilan susu ibu sewaktu di awal kelahiran bayi. Kalau silap langkah sikit, maka ibu akan menghadapi masalah susu kering semasa dalam pantang. Tahu kah anda, masa minggu pertama kelahiran bayi, ia adalah sangat normal bila susu kita tak memancut- mancut. Masa tu hanya kolostrum terhasil. Jangan panik bila tengok bayi kerap sangat menyusu.

Masa Aliya ni dia kerap sangat menyusu, macam setiap 15 minit minta susu. Bukan sebab dia lapar. Tapi sebab susu ibu ni sangat mudah hadam. Bila mudah hadam, dia akan cepat kenyang dan cepat lapar semula.


Bayi yang menyusu formula tak cepat minta susu, sebab susu formula susah nak di hadam oleh perut. Jadi bila bayi diberikan susu formula, perut susah nak hadam, jadi lambat lapar semula.

Susu akan mula memancut- mancut sampai basah lencun baju pada minggu kedua kelahiran bayi. Dengan syarat, masa minggu pertama tu, bayi memang sepenuhnya menyusu susu ibu

6 Tips untuk mengelakkan
masalah susu kering seawal waktu pantang
  1. Fahami konsep perut bayi hanya sebesar guli di awal kelahiran. Memang cukup susu yang kita hasilkan walaupun tak memancut- mancut
  2. Fahami konsep susu ibu ni mudah hadam. Sebab tu lah bayi cepat meminta susu dan kerap sangat menyusu.
  3. Fahami konsep supply and demand. Bila bayi nak menyusu, terus susu kan. Jangan tangguh- tangguh. Lepas bayi menyusu, pam payudara untuk pastikan payudara tu betul- betul kosong. Bila betul- betul kosong, otak akan terima signal untuk cepat- cepat hasilkan susu semula
  4. Tapi kata lah bayi lahir je terus tidur (ni biasa fenomena untuk bayi yang ibu ambil epidural semasa bersalin, atau bayi yang kena jaundice teruk), ibu perah je susu, menggunakan kaedah Marmet. Saya akan cerita lebih lanjut tentang kaedah Marmet. Kenapa bukan menggunakana pam? Kalau nak tahu, rangsangan terbaik untuk payudara adalah pertama, dari bayi sendiri. Kedua melalui kaedah marmet (perahan tangan), ketiga baru menggunakan pam yang dibeli. Perah, simpan dan susukan bila bayi bangun.
  5. Jangan sesekali kenalkan susu formula. Ia akan mengganggu rutin dan penerimaan bayi terhadap susu ibu
  6. Jangan kenalkan botol susu terlalu awal. Kalau tak boleh sangat nak susu kan bayi secara direct, try spoon feeding, iaitu kaedah bagi susu kepada bayi menggunakan sudu. Ini untuk mengelakkan nipple confusion
Moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua ibu, tak kira baru atau baru nak bersalin pertama kali.

No comments:

Post a Comment