Saturday 13 April 2013

BAHAYA KAFEIN BERLEBIHAN KETIKA MENYUSU


Penggambilan kafein boleh menggangu penyerapan vitamin dan mineral oleh tubuh badan kita. Jika seseorang meminum kafein pada jumlah yang terlalu tinggi, ia akan membawa kepada masalah kekurangan nutrien. Kafein boleh menurunkan kadar penyerapan nutrien atau meningkatkan pembuangan mineral dari tubuh badan. Antara sumber kafein yang popular adalah kopi, teh, minuman bergas, cocoa dan coklat.


ZAT BESI (IRON)

Kafein mengurangkan penyerapan zat besi dalam tubuh badan. Kopi dan teh mengandungi polyphenols iaitu sejenis kompaun kimia yang terdapat pada tumbuhan sahaja. Polyphenols adalah antioksidan yang membekalkan banyak kebaikan untuk kesihatan kita. Ia juga boleh bertindak dengan zat besi menghasilkan satu ikatan. Apabila ini terjadi, amat sukar bagi tubuh badan untuk menyerap mineral ini. Cuba elakkan penggambilan makanan atau minuman yang mengandungi kaffein pada masa yang sama bila memakan makanan yang kaya dengan zat besi. Tunggu sekurang-kurangnya 30 minit hingga 1 jam selepas makan agar zat besi boleh diserap oleh tubuh badan. 

KALSIUM

Kaffein akan menyebabkan lebih banyak Kalsium dibuang melalui air kencing. Kesan ini boleh berlaku biarpun selepas beberapa jam lepas memakan atau minum minuman berkafein. Ini adalah kerana kafein juga boleh menggangu penyerapan kalsium di usus kita. Walaubagaimanapun terdapat kajian yang menggatakan kesan kafein keatas penyerapan Kalsium sangatlah minimal. Penggambilam kafein yang tinggi bukanlah faktor utamanya terjadinya penyakit osteoporosis.

VITAMIN D

Kafein boleh menyekat reseptor vitamin D dalam tubuh badan, menyebabkan pengurangan dalam penyerapan vitamin ini. Vitamin D memainkan peranan penting dalam penyerapan Kalsium dalam tubuh badan. Kekurangan vitamin D akan menyebabkan tulang jadi nipis dan mudah rapuh. 

VITAMIN B

Kafein bertindak sebagai diuretik ringanyang menyebabkan kita membuang air kecil lebih kerapVitamin larut air seperti vitamin B boleh berkurang kerana kehilangan cecair berlebihan dari badanKopi dan teh juga mengandungi tannin dan kafein, yang boleh mengganggupenyerapan nutrien penting termasuk besikalsium dan kebanyakan vitamin B-kompleks.Tanin adalah jenis polifenolKafein sebenarnya merangsang pengeluaran jus gastrik dalam perutSebab itulah ada yang merasakan gastrik naik selepas minum kopi.

Harap dapat memberi penjelasan ya kenapa ibu menyusu tidak digalakkan mengambil kafein... Namun jika mommies peminum kafein tegar, sila kurangkan pengambilannya.. Jika tidak, susu anda akan semakin berkurangan kerana zat2 yang diperlukan untuk menghasilkan susu ibu tidak dapat diserap sepenuhnya olen badan kita... Moga perkongsian ini dapat memberi gambaran lebih jelas kenapa kafein tidak elok diambil oleh ibu2 menyusu... 

 Sekian untuk hari ni ya...

2 comments:

  1. gud sharing..tanq for gud info

    http://susuibuidamansimanja.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Sis, coklat pon dikira berkafein jgk? Abes tu milo tu cmne? Tq for your sharing sis

    ReplyDelete