Sunday, 7 April 2013

TEKNIK MARMET YANG BETUL



Minggu ni rasa cam malas nak perah pakai pam. Yelah nak kena pasang suma part dah amik masa....So decide nak wat marmet jelah. Sebelum ni dalam pantang dah pernah wat tapi susu kuar ciput je. Kali ni nak try lagi tengok camne.Syukur alhamdulillah akhirnya percubaan kali ni berhasil. Siyez x sangka sangat2 bleh dapat penuhkan 1 botol. Cuba praktikkan cara yang betul mengikut teori yang pernah dipelajari. Nilah hasilnyer:



Meh nak share tentang Teknik Marmet..dan tulisan merah adalah komen untuk diri sendiri berdasarkan apa yang dah buat untuk pertama kali ber'marmet..(taklah semua step salah.ada jugak yang betul ku aplikasikan..)

1. Basuh tangan dengan bersih.
2. Sediakan bekas yang bersih dan bertutup.
2. Duduk dengan selesa.
3. Urut sekiling payudara untuk merangsang pengeluaran susu.
3. Jika perah payudara kiri, guna tangan kanan. (ku buat,tangan kanan payudara kanan. patut lenguh..hehe)
4. Ampu payudara. (rasanya..tak ampu pun semalam. Ampu kejap-kejap je)
5. Buat pegangan bentuk C. Hanya gunakan 3 jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.

Gambar atas posisi betul. Yang dibawah posisi jari salah kerana tidak setentang.


6. Letak ibu jari di atas areola, jari telunjuk dan jari tengah di bawah areola (setentang – imagine posisi jam 12 – 6, 3 – 9). (bila dah lenguh,macam-macam cara ku picit.ish..salah)

Tolak kebelakang

7. Tolak tangan ke dalam dada secara serentak. (Meaning, jari-jari ditolak ke arah dalam tanpa mengalihkan posisi jari-jari tadi).
9. Golekkan jari seolah-olah menekan kilang-kilang susu menggunakan jari dengan lembut sehingga kosong (ada rasa biji2 kat kawasan tu) . Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa sakit kepada anda. Ada dua gerakan dilakukan. (patutlah sakit. Macam-macam cara dah ku buat.hehehe)

Tolak dan golek

Ulang disekeliling areola mengikut arah jam atau lawan jam sehingga payudara kosong.

10. Ulangi langkah secara rythmic. Ulangi tolak+golek, tolak+golek sehingga kilang susu kosong.
11. Putar gerakan mengikut arah jam atau berlawanan. Kedudukan jari sentiasa dalam posisi bertentangan contoh: 12-6, 11-5, 10-4 dan seterusnya.
12. Ulang sehingga payudara rasa kosong.

Pastikan korang TIDAK buat perkara-perkara berikut ya.


-Menekan dengan kuat dan mengheret jari. Payudara boleh melecet jika ini dilakukan. 
-Menarik-narik puting payudara. Lapisan-lapisan lemak pada areola boleh rosak. 
-Meramas payudara (squeeze). Payudara boleh bengkak dan kilang susu boleh rosak. 

p/s: Seronok buat teknik marmet sebab susu yang keluar memancut-mancut. hehehe.. Yang tak best,sebab penat sikit la..lenguh tangan nak picit-picit..Apapun ku nasihatkan semua mommies yang bakal menyusukan anak atau yang tak tahu tekinik marmet ni, kena belajar cara ber'marmet yang betul. Sangat2 membantu dalam keadaan terdesak. Just guna tangan sendiri.. Happy Breastfeeding mommies! (^_^)

4 comments:

  1. Ainul, Hamymah dah baca Teknik Marmet"

    ReplyDelete
  2. "Ainul, siti dah baca Teknik Marmet"

    ReplyDelete
  3. Ainul, linda dah baca Teknik Marmet

    ReplyDelete
  4. Ainul,sha bc teknik mermet..

    ReplyDelete