Saturday 6 April 2013

TIPS EBM MERIAH UNTUK SEKALI PERAHAN & KUMPUL STOK YG BANYAK SEMASA CUTI BERSALIN

Dah 2 minggu ku mula bekerja selepas puas cuti bersalin. Syukur sangat2 sebab misi mencapai target kumpul stok EBM 1000oz sepanjang cuti bersalin akhirnya tercapai jua. Memang x sangka sangat ku mampu capai. Rasa cam dalam mimpi je..hehehe.... Untuk entri kali ni ku nak kongsi tips macamana nak kumpul stok EBM yg banyak tu spanjang cuti bersalin.I'allah klu mommies follow betul2 step yg ku bagi ni pasti blh dapat gak...

1) Tetapkan target nak dapat berapa oz sepanjang cuti bersalin. Then, bahagikan jumlah dengan hari yg tinggal bmula kita nak kumpul stok..Cth dlm kes ku ni...target nak dpt 1000oz...start kumpul stok hari ke-9...so baki hari yg tinggal ialah 51 hari....so 1000/51 = +- 20oz sehari. 

2) Buat jadual pam dan ikut secara konsisten. S'eloknyer pam stiap 4/5 jam sekali. Jadual pam ku ialah 7-8am, 12-1pm, 5-6pm & 10-11pm. Kalau jumlah pam sehari 20oz, so 1 sesi mesti kena dpt min 5oz x kisah brp lama nak pam yg penting capai target.

3) DF baby sebelah side je antara waktu pam. Means lepas pam jam 7-8am bagi DF sebelah kanan je sampai sesi pam jam 12-1pm...lps tu baru tukar DF sebelah kiri je sampai sesi pam jam 5-6pm...buat selang seli...tapi masa pam kena pam dua2 belah la...Kalau baby nak menyusu waktu pam wat TANDEM NURSING (baby menyusu sebelah, then sebelah lagi pam serentak). Pendek kate xleh skip waktu pam. Jangan risau baby x cukup susu sebab stiap kali baby mhisap automatik susu akan kluar bila breast dah 0.

4) Selepas sesi mengepam/DF baby mommies mesti makan & minum dgn kerap. Minum air suam sejam skali 1 gelas...Jangan risau berat badan naik jika mommies  ambil makanan yg bkhasiat. Banyakkan makan sayur & buah serta makanan yg mngandungi bijirin seperti oat, biskut wholemeal dan roti. Untuk minuman mommies boleh cuba susu, milo, barli, soya & horlick. Jangan sesekali nak minum teh, kopi & nescafe sebab boleh kurangkan susu.

Nampak cam senang jekan? Tapi bila nak praktik Allah je yg tahu...Paling mcabar ialah nak jaga jadual pam sbb ms dlm pantang baby asyik nak mlekap almost 24hrs..so nak wat tandem tu yg mcabar ckit.. tp klu mommies kuatkn tekad pasti boleh... Selamat mencuba!!!! (^_^)

No comments:

Post a Comment