Sunday 14 April 2013

PEMAKANAN SUSU SENTIASA MERIAH TANPA SUPPLIMENT

Untuk entri kali ni ku nak bkongsi pemakanan yg spatutnya d'amalkan bg ibu2 menyusu agar susu meriah forever. Hehehe... Actually mommies kena la makan mengikut piramid makanan seperti di bawah. Mana yg kena makan lebih & mana yg kena makan kurang. Kalau lebihkan yg bawah skali tu mmg susu dpt lebih banyak...

Ku nak berkongsi menu yg ku amalkan hari2... mungkin mommies ada idea nak makan apa lepas ni untuk maintain susu...
  • Breakfast - susu Anmum Lacta+oat, madu+halba
  • Minum pagi - Biskut bijirin+milo/oligo/vico/horlick, roti gardenia wholegrain
  • Lunch - Nasi putih, banyakkan sayur hijau gelap seperti sawi batng putih, kailan, pegaga/telur/ tauhu jepun/ tempe, seafood (i.e ikan,  sotong, udang, ketam/ayam/daging, buah jambu/pisang/ betik/tembikai susu, barli/soya 
  • Minum petang - Biskut bijirin/biskut kering/roti, milo/oligo/vico/horlick, roti gardenia wholegrain 
  • Dinner - Makanan goreng2 seperti kue teow kungfu, paprik, hailam, ladna, tomyam kurang pedas 
  • Minum malam - susu Anmum Lacta+oat, madu+halba
Ok x menu ni?agak mbosankan tapi ku dah terbiasa...rasa sedap je masuk tekak....badan pon rasa lebih sihat & bertenaga. Tak perlu makan supplement dah sebab dah complete nutrisi suma. Jimat2...hehehe... zat yg kita dapat memang yg original punyer...kalau amik supplement dah la MAHAL tp X ORI kurang la khasiatnyer...ye x??
So, ku nak kongsi makanan yg mengandungi protein, kalsium, zat besi, vitamin C & D. Vitamin C diperlukan untuk menyerap zat besi manakala vitamin D untuk menyerap kalsium. Tanpa vitamin tersebut kalsium & zat besi tidak dapat diserap sepenuhnya oleh badan kita. Kedua-dua zat ni amat diperlukan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Lets check it out...
  • Kalsium & Vitamin D - sayur hijau, kekacang, susu, keju, yogurt, telur dan tempe.
  • Zat besi & Vitamin C - betik, jambu batu, oren & brokoli
  • Protein & Karbohidrat - bijirin penuh seperti oat, barli, roti dan nasi.
Bagaimana Pula Dengan Pengambilan Cecair Semasa Menyusukan Bayi?
* 87 % daripada susu ibu adalah air.
* Di sarankan 8 – 10 gelas air setiap hari ( pada saya, PERLU LEBIH 3 LITER AIR KOSONG SEHARI!) dan di galakkan minum segelas air setiap kali menyusukan bayi.
* Anda juga boleh mengambil jus, susu, sup dan teh herba.
* Minum lebih air bila bersenam atau berpeluh dengan banyak semasa cuaca panas.

So mommies lepas ni kena tukar la menu pemakanan ye... kalau tak memang susu akan berkurangan. Jom audit pemakanan kita. (^_^)






1 comment: